Persenjataan RSS Sea Wolf

  1. 1 x 76mm meriam Oto Melara
  2. 8 x peluru berpandu Harpoon
  3. 6 x tube torpedo Whitehead torpedo
  4. 16 x anti peluru berpandu Barak
  5. 4 x 0.5" MG

Kapal RSS Sea Wolf milik Singapura merupakan kapal jenis kapal penyerang pantas - berpeluru berpandu. RSS Sea Wolf memenuhi keperluan Singapura dan berperanan mempertahankan Singapura dari kapal-kapal musuh. RSS Sea Wolf dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 1972.

Pada 22 Januari 1975, Menteri Pertahanan Dr Goh Keng Swee melancarkan RSS Sea Wolf secara rasmi bersama RSS Sea Dragon dan RSS Sea Lion di Pengkalan Tentera Laut Brani. Ahli Parliament, Brigade dan Battalion Company dan semua anggota Maritime Command menyaksikan peristiwa bersejarah ini.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah RSS Sea Wolf, RSS Sea Lion, RSS Sea Dragon, RSS Sea Tiger, RSS Sea Hawk, dan RSS Sea Scorpion.

RSS Sea Wolf mempunyai 41 orang anak kapal termasuk 5 pegawai. RSS Sea Wolf dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

Kapal RSS Sea Wolf sepanjang 44.9 m; 7meter * 2.5meter ( 147.3kaki panjang * 23kaki * 8.2kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 35 knot dengan jarak pada 950 batu nautikal pada kelajuan 30 knot / 1,800 batu nautikal pada kelajuan 15 knot. RSS Sea Wolf mempunyai seseran 254 tan penuh atau 226 tan ketika kosong.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Singapura.